Wednesday, June 18, 2008

MISTERI (PELANGGAN NISAN MATI SILIH BERGANTI)

TIGA generasinya sebelum itu sudah lama bergelumang dalam kerjamembuat batu nisan. Namun, Ah Kow (bukan nama sebenar) akhirnyaterpaksa melupakan wasiat nenek moyangnya yang mahu dia meneruskanperniagaan itu.

Semua ini berlaku apabila Ah Kow berdepan satu kejadian pelikbeberapa tahun lalu sewaktu mengendalikan kedai menjual batunisannya. Kejadian itu menyebabkan dia mengalami gangguan mental yanglama.Kisah Ah Kow menutup kedai menjual batu nisan tidak banyak diketahui orang, terutama di kalangan pelanggan tetapnya di beberapa negeriseperti Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.Mereka hanya menyedarinya apabila premis Ah Kow diambil alih olehorang lain yang menjalankan perniagaan makanan.

Bagaimanapun, isteri Ah Kow yang dikenali sebagai Mary (bukan namasebenar) sanggup berkongsi cerita mengenai pengalaman buruk yangmenimpa suaminya sehingga terpaksa menutup perniagaan.

Kisahnya bermula apabila satu hari Ah Kow didatangi seorang lelakidari Sabak Bernam yang menempah batu nisan untuk anak saudaranya yangmati dalam kemalangan jalan raya.Batu nisan berukir dan bertulisan jawi itu disiapkan Ah Kow dalam tempoh hanya beberapa hari dan diserahkan kepada pelanggan dikenalisebagai Haji Yaakop.

Selang dua minggu, Ah Kow didatangi lagi seorang pelanggan lain, tapimengaku berasal dari Sabak Bernam.Ah Kow yang memang bersifat mesra, mengajak pelanggannya berbual sementara mereka memerhatikan bentuk dan jenis batu nisan yangdiinginkan."Dua minggu dulu, satu orang datang tempah nisan. Dia pun tinggalSabak Bernam. Haji Yaakop. Kenal tak?" Ah Kow seronok bertanyakansoalan pertama.Namun soalannya lambat sangat dijawap oleh pelanggan barunya. Adakerut tumbuh di dahi lelaki itu sambil memandang Ah Kow ke atas kebawah."Haji Yaakop dah meninggal seminggu. Saya sepupu dia. Batu nisan yangsaya tempah ni pun untuk dia!"Ah Kow menggigit jari telunjuknya. Mulutnya terkacip kehilangan kata.Tidak disangkanya, Haji Yaakop yang baru dua minggu datang lalu sudahmeninggal dunia."Maafkan saya haji!" Ah Kow menepuk bahu pelanggannya kerana tidakmenyangka orang yang ditanya itu rupanya sudah tiada.

Hari itu, sepupu Haji Yaakop yang memperkenalkan dirinya sebagaiKhalid memilih nisan besar berharga RM300."Dua hari lagi siap!" beritahu Ah Kow dan Khalid pulang semula kerumahnya.Dua hari yang dinantikan, Khalid tidak datang seperti diberitahu olehAh Kow. Mungkin Khalid terlupa, fikirnya. Lagi pun, ramai jugapelanggannya tidak menepati janji. Ada kata dua hari, tapi datang semula selepas seminggu. Namun, itu tidak merisaukan Ah Kow.

Cuma pada hari kelima, seorang pelanggan baru datang menemuinya.Mesra"Boleh saya tolong haji?" tanya Ah Kow kepada lelaki berkopiah putihyang masuk ke kedainya."Saya nak ambil batu nisan untuk arwah Haji Yaakop. Dulu yang tempah,namanya Khalid!" baru Ah Kow teringat."Dah siap!" jawap Ah Kow selamba. "Tapi Khalid tak datang ke?"disoalnya lelaki tua itu penuh mesra.Sekali lagi pertanyaan Ah Kow lambat benar dijawab. Ah Kow berasakan ada sesuatu yang mahu dicakapkan lelaki berkopiah putih itu. Memangbenar."Saya datang ni pun nak tempah batu nisan untuk dia. Khalid kemalangan masa balik dari kedai ni!"Ah Kow menggaru-garu kepalanya. Biar betul, fikirnya, seolah-olahsedang bermimpi.

Dulu Haji Yaakop tempah nisan untuk anak saudara.Kemudian dia meninggal, sepupunya Khalid yang tempah nisannya. Kini Khalid pula meninggal dan orang tua ini pula yang menempah nisan untuk Khalid pula."Betul ke apa yang haji cakap ni?"Orang tua itu mengangguk. "Tak kan soal mati nak main-main. Saya ni abang dia yang tua! Haji Ismail nama saya!" lelaki itu akhirnyaberterus-terang."Sekarang saya bawa dua hajat. Satu nak bawa nisan Haji Yaakop, satu lagi nak tempah nisan untuk Khalid, adik saya!" beritahunya.Ah Kow rasa itu antara pengalaman pelik pernah dilaluinya dan mungkin jarang dilalui orang lain. Disangkanya akan berakhir begitu saja,tetapi telahannya ternyata silap.

Tiga minggu selepas didatangi Haji Ismail, satu lagi kejadian pelik berlaku. Anak Haji Ismail pula datang ke kedainya.Ceritanya juga sama seperti cerita pelik sebelum ini. "Ayah saya baru saja meninggal. Dia tu lelah, meninggal di Hospital Tanjung Karang!"Kejadian pelik yang berterusan itu rupa-rupanya menyebabkan Ah Kow terganggu.

Menurut isterinya Mary, dua tiga hari selepas kejadian itu, Ah Kow bercakap sendirian dan suka termenung.Kedainya terpaksa ditutup sementara, namun keadaan Ah Kow tidakberubah selepas beberapa bulan.Ini menyebabkan dia dihantar berubat ke merata tempat dan akibatnya kedai menjual batu nisannya terpaksa ditutup.Kini seperti cerita Mary, suaminya gemar terperap dalam biliknya dan sering menutup telinga jika terdengar sanak-saudara bercerita atau menyampaikan berita mengenai kematian seseorang.

cerita asal dari bincang

No comments: