Friday, July 11, 2008

HADIAH PADA MALAM JUMAAT

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampa kseorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan.Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanyamasuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

'Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?' tanya Salih Al Mazy.

'Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?'tanya pemuda itu.

'Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?' tanya Al Mazylagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan,ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Makas edihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazysangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :

'Wahai Salih! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.'Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

'Kalaubegitu saya mohon minta diri dahulu.' kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk ke dalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.

'Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.'

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizyberangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :'Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ''Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.' katanya lagi.

'Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?' tanya Al Maizy.'
Ya, Tahu.''
Apa tandanya?''
Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata 'Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.'

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Tuesday, July 8, 2008

CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

Isteri: @#$%????!!!!!

Suami: (Dalam hati)Alamak!!

9 PESANAN RASULULLAH

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah raberkata,Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dariumatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amatmengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannyaitu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYAYANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yangdimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Monday, July 7, 2008

KEJUJURAN SEORANG PENGEMBALA

Abdullah bin Dinar bercerita tentang perjalanannya bersama Khalifah Umar bin Khattab.Beliau mengatakan, "Saya bersama Umar bin Khattab r.a pergi ke Mekah dan beristirehat di suatu tempat. Lalu terlihatlah hamba sahaya penggembala kambing dengan membawa banyak gembalaannya turun daripada gunung dan berjumpa kami.

Umar bin Khattab berkata, "Hai penggembala, juallah seekor kambingmu itu kepadaku!"

Hamba sahaya penggembala itu menjawab, "Aku bukan pemilik kambing ini, aku hanya seorang hamba sahayanya."

Umar menguji anak itu, "Katakanlah kepada tuanmu bahawa salah seekor kambingnya dimakan serigala."

Anak itu termenung lalu menatap wajah Umar dan berkata, "Maka dimanakah Allah?"

Mendengar kata-kata yang terlontar daripada pengembala ini, menangislah Umar. Kemudian beliau mengajak hamba sahaya itu kepada tuannya kemudian memerdekakannya. Beliau berkata pada hamba sahaya itu, "Perkataan yang telah engkau ucapkan tadi telah membebaskanmu di dunia ini, aku harap perkataan tersebut juga akan membebaskanmu kelak di akhirat."

Sesungguhnya kanak-kanak itu sentiasa jujur dan tidak mahu berdusta, dusta kanak-kanak adalah semata-mata lamunan.

Kisah Umar bin Khattab ini menunjukkan bahawa jikalau kanak-kanak telah dididik sejak awal lagi untuk mengenal dan takut pada Allah dia akan mudah tertanam sifat kejujuran dalam dirinya. Kerana itu nasihat dan bimbingan perlu diberikan untuk mengingatkan anak terhadap pengawasan Allah di mana pun mereka berada.

MENGHORMATI AZAN

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengnnya, tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan ,Allah berfirman,"Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

KISAH CINTA SI CICAK

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu tembok.. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap diantara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan
terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan.... .. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

HIKMAH DISEBALIK MENGUCAPKAN LAFAZ LA-ILA-HAILLAL-LAH

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu...

"wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah.

Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.

Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

NAK KAHWIN LAGI ???

'Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,' Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

'Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan dua keluarga,' sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. '

Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,' masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.'Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,' Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. '

Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?' pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya menerima senyuman daripada Aliyah.

'Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,' terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
'Kak Aliyah yang minta,' masih lembut dia memujuk Qis.'
Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?''Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!'
terkejut Asraf Mukmin.'Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,' Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.'Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,' Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abang... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abang.

Tetapi, jika Abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

MORAL OF THE STORY :
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya..You would only appreciate things when you lost it..

Penulis asal tidak diketahui

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :'mereka orang2 yg Menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.Mereka yg sombong & tidakBerbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia Maupun di akhirat'.firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg Sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaan Ku) , itulah balasan & tempat Kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-2:
diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.Datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu Hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari Siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia Mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri Untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 Bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3 :
diiringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular Serta kala jengking'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah Balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai.Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut Kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6 :
diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan.Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & Nanah dari mulut mereka.Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah & kaki ke atasMereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di Neraka. Sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &Wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'.

Barisan ke-9:
diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata Biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh.Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama.Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg Beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah Syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:'Bacalah surah Yassin kerana IA mengandungi keberkatan' , iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, IA boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

.8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap Hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

UNTUK RENUNGAN SEMUA

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja , malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia

Sunday, July 6, 2008

BILA PADERI TERPAKSA BUKA RAHSIA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhipermintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untukmemalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata,'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

''Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

Apa yangdimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!''

Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?''

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami). Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yangtidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjurulangit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu diatas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada NabiMusa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat.' (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ' (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudaraNabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi MahaPenyayang.' (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suarakeldai.' (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allahs.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.'(Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah AshabulKahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimut keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.

orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! '

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah.' Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. 'Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

PAK IMAM DAN KAKI LEPAK

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Nama depa ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”

Tok imam pun undur la ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”...Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii.

Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang. He heee…”Tok imam pun terkedu & terpana…

KERAK UNTUK MAK

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti saja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.

SI SOPAK,SI BOTAK DAN SI BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.


Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.



Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

Wednesday, July 2, 2008

TAK KERING GUSI

Lawak 1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 4
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat .
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 5
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu..
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

BACA......SENYUM SEJENAK....

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.

Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai. Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

SESAT CARI PERUMPUN DI SUNGAI DERHAKA

KALAU tidak silap penulis, peristiwa itu berlaku pada 1997. Ketika itu, penulis baru menceburi hobi memancing udang galah. Lokasi terbaik memancing udang galah ialah di Sungai Permatang Bendahari, Penaga. Ketika itu, penulis baru berjinak-jinak belajar memancing udang galah.

Suatu hari ketika cuti hujung minggu, penulis diajak oleh Pak Jang Mat bersama abangnya, Cha, untuk mencari perumpun. Oleh kerana perumpun agak sukar diperoleh maka kami pergi mencarinya sendiri untuk disimpan.Inilah pengalaman pertama baru penulis untuk mencari perumpun.

Untuk mencarinya, bukan mudah seperti disangkakan. Kami terpaksa menempuhi segala onak dan duri dalam hutan nipah tebal.Tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan perumpun adalah di Sungai Derhaka, dekat Kota Kuala Muda, Kedah. Di sana jarang orang masuk ke hutannya. Lagi pun hutan nipah di situ tebal dan berselang-seli dengan pokok bakau. Nyamuk dan agas cukup banyak.

Ketika mencari perumpun, Abang Cha berpesan supaya kami jangan berpecah. Penulis tidak tahu langsung bagaimana hendak mencari perumpun. Hanya Pak Jang dan Abang Cha yang tahu.Sebab kurang yakin untuk mendapatkan perumpun, penulis menukar fikiran untuk cari siput belitong yang bertenggek di dahan nipah dan datang bakau. Hasilnya cukup lumayan.

Sedang asyik mencari siput belitong, penulis terserempak dengan seorang lelaki yang agak aneh.Dari segi pakaian agak kusam berwarna hitam seolah-olah pakaian lama seperti filem ‘Dupa Cendana’. Dia mengandar bungkusan pakaian yang diikat pada sebatang kayu dikandar serta bertopi mengkuang seperti tudung saji.Lalu penulis menegur beliau namun tidak dijawab. Lantas beliau terus hilang dari pandangan. Agak pantas dia bergerak di celah hutan nipah yang tebal itu. Tidak jauh dari saya, kelihatan Pak Jang Mat.Ketika kami berhenti berehat, penulis bertanya Pak Jang adakah beliau perasan kelibat orang tua tadi.“Ada juga,” kata Pak Jang.“Tapi dia pergi ke mana?”. Kami ajukan soalan pada Abang Cha pula. Namun dia tidak nampak kelibat orang tua itu sedangkan beliau berada di sebelah Pak Jang Mat tadi.Lantas beliau menegur kami supaya jangan menegur atau bertanya jika ada apa-apa yang pelik berlaku.

Bermula jam 10 pagi kami meredah hutan nipah, tanpa disedari jam di tangan menunjukkan jam 1.45 petang.Abang Cha mengajak kami pulang kerana hari mulai petang. Dalam mencari jalan keluar, kami bertiga sesat entah ke mana. Tiada lagi kedengaran bunyi kenderaan yang lalu-lalang ataupun bunyi enjin bot menyusur masuk atau keluar melalui anak sungai . Kami pelik. Penulis mulai cemas. Kami mencari lagi lorong yang kami masuk tadi. Namun tak jumpa. Lebih menghairankan lagi bagaimana terdapat satu kawasan lapang seperti baru ditebas. Seolah-olah kawasan itu diratakan. Kami sudah tidak tentu arah mencari jalan pulang. Kami hanya mengharapkan Abang Cha.

Akhirnya kami menemui sebatang anak sungai. Nasib kami kurang baik kerana ketika itu air mulai pasang dan menutupi sebahagian hutan nipah. Kami tidak dapat menjejaki jalan keluar. Air mula naik ke paras lutut. Lalu Abang Cha suruh kami membuang semua siput yang ada.

Kami terpaksa meranduk air yang kian meninggi. Penulis macam hendak menangis tetapi cuba menyembunyikan perasaan itu. Di dalam hati, Allah saja yang tahu.Akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar atas pengalaman Abang Cha. Barulah kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang. Air pasang meningkat ke paras dada. Semua dokumen pengenalan diri dan pakaian kami, basah.

Ketika kami sampai di rumah Abang Cha dan selesai membersihkan diri, barulah kami berbual semula mengenai kejadian tadi. Persoalannya di sini, bagaimana kemunculan orang tua tadi sedangkan penulis dan Pak Jang nampak jelas. Malah bagaimana dia dapat meredah hutan nipah dan bakau tebal dengan begitu pantas tanpa halangan. Sedangkan kami terhegeh-hegeh dan terkial-kial untuk melepasi diri daripada dahan nipah serta selut yang agak lembut. Malahan kulit-kulit siput berselerak serta akar-akar bakau berceracak. Bagaimana pula kami tidak sedar air pasang mulai naik.

Lebih aneh lagi terdapat suatu kawasan lapang tanpa pohon nipah dan bakau di tengah-tengah hutan nipah.Sehingga kini, kejadian itu masih bermain di benak penulis. Inilah pengalaman penulis yang pertama dan terakhir untuk mencari perumpun di Sungai Derhaka. Mengikut cerita orang, Sungai Derhaka keras dan berpuaka. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

oleh saiful baharin mohd shariff

KISAH BENAR....HAMPIR DIROGOL

Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu 'Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?' Perogol tu jawab: 'No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.'

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.

Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yangbermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa berdoa.

frwd email

Tuesday, July 1, 2008

KENAPA AKU ?

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

Dan mintalah pertolongan
(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)

40 KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Oleh: Dr. Hassan Ali

KISAH SI JANET

Di suatu kawasan pedalaman di Texas , seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, 'John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja...'

Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang.. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah.

Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api. 'Buka butang bajuku dan tanggalkannya. ' Kata Janet.

John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.

'Sekarang, buka kasut but ku.' John buat, perlahan sekali.

'Buka, setokin ku..' Dia buat juga.

'Sekarang, buka skirt ku.' Dia buat juga.

'Sekarang buka baju dalamku .'Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

'Sekarang... .buka seluar dalamku...' Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata.. 'Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.'

KISAH SEBIJI EPAL

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’.

Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu.

Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Monday, June 30, 2008

KISAH KA'AB MEMBUNUH JIN IFRIT DENGAN AYAT KURSI

Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, khawasul Quran; Bahawa lbnu Qutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah.

Seorang pedagang bernama Ka'ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa barang dagangannya, untuk dijual di Basrah. Setelah Ka'ab sampal di sana. Ia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal.

kemudian ka'ab melihat ada sebuah rumah kosong, dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang, ka'ab bertemu dengan tuan rumah tersebut, Ia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu minggu.

Kata tuan punya rumah tersebut; 'Rumah ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami oleh jin ifrit, banyak orang yang menempati masa kerananya".

ka'ab berkata; "Meskipun demikian kerana tempat lain tidak ada, saya sedia tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan". "Baiklah", kata empunya rumah, saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa", kata tuan rumah.

Ka'ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa takut tetapi setelah setengah malam Ka'ab nampak bayang hitam dengan dua buah mata menyala-nyala seperti api, mendekati Ka'ab.

Maka Ka'ab bangun membaca; AIIaahuIa iIaa ha llIaa huwal hayyul qayyuuum"tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca oleh ka'ab, sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka'ab membaca akhir ayat berbunyi; "Walaaya udhuhffzuhumaa wa huaIallyyuIazi~m', tidakterdengar lagi suara yang mengikutinya, Ka'ab hairan dan ulanginya lagi; aWalaa ya uudhu hifzuhuma wa huwal aliyyul azhm", tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka dibacanyalah berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan Ka'ab.

Dan Ka'ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka~ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat apa-apa gangguan. Di pagi han Ka'ab melihat pada salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada abunya.

Di saat itu ka'ab mendengar suatu suara berkata; "Hal Ka'ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas", Ka’ab hairan dan berkata; "Dengan apa aku membakarnya?" jawab suara itu; "Dengan Firman Tuhan "Walaa ya uuduhu hifzuhumaa wahu wal aliyyul azllm".

CAHAYA MUKA NABI S.A.W

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya,
lalu aku berkata," Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wuduk, Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang, Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa,Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah ...?
Menurutmu , mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau , menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.

Sekarang , Aku tersimpan rapi sekali ;sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.

Kini Aku lebih banyak tersingkir , dibiarkan dalam kesendirian ,
kesepian Di dalam almari , di dalam laci , aku engkau pendamkan.

Dulu ... pagi-pagi ... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang , Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang ... seawal pagi sambil minum kopi... engkau baca surat khabardahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan ...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku ( Bismillah ).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikanEngkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu.
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam -jam di depan TV.Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam -jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu .........Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.
Seingatku , hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio , hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu , Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu
Setiap saat berlalu ...Dan akhirnya .....kubur yang setia menunggu mu
Engkau pasti kembali , kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti ....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al- Qur'an" ,kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah Aku kembali .. .. bacalah aku kembali aku setiap hari kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci .
Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha PemurahYang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari , lacimu .......Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu .Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali ...Baca dan pelajari lagi Aku ....
Setiap datangnya pagi , petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu ....
Waktu engkau masih kecil di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri ....Dalam bisu dan sepi ...

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .Semoga bermanafaat .

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

Wahai kawan2 ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tido cuba fikir2kan berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah.

ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT KECIL BERDASARKAN HADIS:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" Riwayat Ahmad.

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani.

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." Riwayat Ahmad.

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim.

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad.

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" Sahih Muslim.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."

Wednesday, June 25, 2008

BUBBLE BEES

ye! ye! mari tangkap lebah..


Tuesday, June 24, 2008

THE AMAZING DARE DOZEN

Sambut telur ini jangan sampai jatuh.Nak main ke? klik la kat bawah ni.


BOTTOM OF THE SEA

Mari lompat batu !!! klik pada gambar kat bawah.

JOM MAIN GAME

Nak tengok game apa klik ajelah kat bawah ni ok!!!


APPLE PICKIN TIME

Kalau cekap sambut semua 100 biji buah epal tu jangan sampai ada yang jatuh ok.Nak main sila klik pada gambar epal di bawah !!!

WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE‏

Mari uji pengetahuan anda.untuk bermain sila klik pada gambar controller di bawah.ok !!!

ANIMATOR VS ANIMATION

Walaupun kartunnya simple tapi best.Nak tengok sila klik dalam gambar di bawah ok !!!

DETIK-DETIK TERAKHIR RASULULLAH SAW MENGHADAPI SAKRATULMAUT

Untuk Renungan Bersama .

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

“Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya ”Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” -”Umatku, umatku, umatku”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.